Nama asal MADRASAH TAHFIZ AL QURAN HIDAYATUL MUTTAQIN ( MTAHM ) ialah
Madrasah Tahfiz Al Quran Shah Alam.
Dengan izin Allah s.w.t , MTAHM untuk lelaki ( Banin ) telah dibuka dengan rasminya pada bulan
Januari 2006 sementara MTAHM untuk perempuan ( Banat ) pada bulan Jun tahun yang sama.
Inisiatif untuk membuka MTAHM untuk lelaki dan perempuan didorong oleh permintaan tinggi dari
pihak ibubapa yang menyedari akan kepentingan mempelajari Al Quran dan ilmu agama untuk
anak-anak mereka disamping kesukaran untuk mencari tempat-tempat yang sesuai dikawasan bandar.
Terkini madrasah untuk lelaki berada di D'kayangan Seksyen 13,Taman Tadisma Seksyen 13, dan di Bukit Bandaraya, Shah Alam.
Lain lain cawangan lelaki ialah di Hulu Langat dan di Bukit Lanchong.Jumlah keseluruhan
pelajar lelaki ialah 120 orang dan 9 orang Ustaz.
Pelajar – pelajar perempuan pula ditempatkan di perumahan D’ Kayangan, Seksyen 13 Shah Alam dengan jumlah pelajar seramai 140 orang dan 14 orang Ustazah.
MTAHM adalah tempat pengajian / hafazan Al Quran dan Alim/Alimah sepenuh masa. Walaubagaimanapun pihak pengurusan ada menyediakan kelas - kelas fardhu ain setiap Jumaat merangkumi pelajaran Feqah, Jawi, Tajwid dan Adab - Doa untuk kelas Peralihan serta tahap 1 – tahap 5 untuk pelajar
pengajian / hafazan Al Quran.
Setelah beroperasi selama 8 tahun, jumlah pelajar yang telah mengkhatamkan 30 juzu' Al Quran
ialah seramai 15 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan sementara yang telah berjaya mendapat SIJIL SYAHADAH ialah seramai 4 orang sahaja.
Semua pengurusan dan penyelenggaraan Madrasah bergantung pada yuran bulanan para pelajar.
Tetapi oleh kerana ramai yang tidak mampu membuat pembayaran, maka jumlah kutipan bulanan tidak mencukupi untuk menaik taraf madrasah dan keperluan pelajar - pelajar nya.
Demi masa depan pelajar - pelajar MTAHM , pihak pengurusan madrasah amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan ( makanan / pembiayaan yuran bulanan pelajar-pelajar yang tidak mampu/ wang tunai ) dari pihak - pihak yang prihatin.Semua sumbangan Dato'/Datin/Tuan/Puan pasti mendapat ganjaran dari Allah s.w.t dan pasti menjadi saham Dato' / Datin / Tuan /Puan di akhirat kelak.
Sumbangan Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh disampaikan kepada
MUDIR Hj Abdul Aziz Bin Haji Ramli ( 019 - 6414893 )
MUDIR Hj Abdul Aziz Bin Haji Ramli ( 019 - 6414893 )
MUDIRAH Hajah Siti Zaleha Bt Abdul Malek (017 – 6774548)
atau dimasukkan dalam akaun MTAHM atas nama : KELAS AGAMA HIDAYATUL MUTTAQIN
atau dimasukkan dalam akaun MTAHM atas nama : KELAS AGAMA HIDAYATUL MUTTAQIN
NO AKAUN CIMB : 860 082 7809
NO AKAUN MAYBANK : 5627 3110 8747
NO AKAUN RHB : 26251300000152
* Sila maklumkan kepada Mudir / Mudirah apabila membuat sumbangan.
“ JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA "
No comments:
Post a Comment